Inspection Puspakom Tukar Milik Kenderaan Persendirian

Convenient vehicle inspection assistance

RM250.00

Pemeriksaan tukar milik kenderaan dulu B5 dan kini MV15 ini adalah langkah penting untuk memastikan proses pemindahan hak milik kenderaan persendirian berjalan lancar dan tanpa sebarang isu. Perkhidmatan ini khusus untuk kenderaan persendirian yang dibeli secara tunai sahaja yang tidak melibatkan mana-mana pembelian secara bank loan atau sewa beli.

Dengan setiap permohonan tukar milik, kami menyediakan harga yang berpatutan yang sudah termasuk tempahan temujanji di Puspakom. Selain itu, kami juga menawarkan servis pengambilan kenderaan dari lokasi pelanggan untuk memudahkan urusan anda.

Sebelum proses pemeriksaan dimulakan, adalah penting untuk pemilik kenderaan menyediakan semua dokumen yang diperlukan seperti Geran Asal kenderaan sahaja.

Dalam proses ini, kami akan mengatur semua yang berkaitan, sehingga pelanggan tidak perlu risau tentang butiran teknikal. Proses pemeriksaan kenderaan di Puspakom penting untuk memastikan kenderaan anda berada dalam keadaan selamat dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan. Ketika pemeriksaan, kenderaan akan diperiksa dari pelbagai aspek termasuk sistem brek, lampu, dan juga keadaan tayar. Ini adalah untuk memastikan bahawa kenderaan tersebut tidak hanya selamat untuk digunakan tetapi juga sesuai untuk dipindah milik. Proses ini menjadikan urusan tukar milik menjadi lebih mudah dan cepat.

Setelah pemeriksaan selesai dan kenderaan telah lulus ujian, pelanggan boleh terus ke mana-mana cawangan JPJ yang berhampiran untuk proses tukar milik.

Bayaran RM100 akan dikenakan semasa proses tukar di Kaunter JPJ dan bayaran itu perlu dibayar oleh Pembeli atau pemilik baru.