Perkhidmatan
Pemeriksaan Puspakom Tukar Milik Kenderaan
Akta Pengangkutan Jalan 1987 menghendaki semua kenderaan persendirian untuk menjalani Pemeriksaan Tukar Milik di PUSPAKOM sebelum pemindahan pemilikan.
Pemeriksaan ini membantu melindungi pemilik kenderaan baru daripada membeli atau memiliki kenderaan yang menyalahi undang-undang seperti kenderaan potong-sambung.
Pemeriksaan Puspakom E-Hailing Berkala
Megikut akta Pengangkutan mewajibkan semua kenderaan ehailing menjalani Pemeriksaan Berkala di PUSPAKOM setiap 1 tahun sekali.
Ini adalah bagi melindungi kenderaan daripada kegagalan sistem pada kenderaan seperti brek dan lain-lain dari gagal berfingi dengan sempurna
Pemeriksaan Puspakom Tukar Enjin Kenderaan
Bagi kenderaan yang telah menukar enjin kenderaan perlu menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM ianya adalah bagi memastikan maklumat enjin baru dapat dimasukkan kedalam sistem JPJ
Pemeriksaan Puspakom Kenderaan Perdagangan
Akta Pengangkutan Jalan 1987 mewajibkan semua kenderaan perdagangan menjalani Pemeriksaan Berkala di PUSPAKOM setiap 6 bulan.
Ketika pemeriksaan, kami akan memeriksa bahagian penting kenderaan supaya ia mengikut undang- undang dan standard yang ditetapkan. Pemeriksaan secara berkala dapat membantu mengurangkan kemalangan jalan raya seterusnya menyelamatkan nyawa pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.